Kepentingan Disiplin & Peranan Guru
Kepentingan Disiplin Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Oleh itu, setiap sekolah pastinya mempunyai peraturan disiplin kerana pihak sekolah pasti sadar akan pentingnya disiplin didalam sesebuah sekolah. Antara kepentingan disiplin di sekolah ialah mewujudkan suasana sekolah yang kondusif. Suasana sekolah yang kondusif ialah sekolah yang nyaman untuk semua warga sekolah dimana tidak ada pelangaran disiplin merupakan salah satu ciri. Suasana sekolah yang kondusif akan menggalakkan pembelajaran dan pembelajaran untuk bertambah menarik dan menyeronokkan. Seterusnya ialah bagi menentukan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekiranya semua pelajar mematuhi arahan guru dengan menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan, proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih lancar, lebih teratur dan berkesan. Kepentingan ...