Kepentingan Disiplin & Peranan Guru


Kepentingan Disiplin


Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Oleh itu, setiap sekolah pastinya mempunyai peraturan disiplin kerana pihak sekolah pasti sadar akan pentingnya disiplin didalam sesebuah sekolah.

Antara kepentingan disiplin di sekolah  ialah mewujudkan suasana sekolah yang kondusif. Suasana sekolah yang kondusif ialah sekolah yang nyaman untuk semua warga sekolah dimana tidak ada pelangaran disiplin merupakan salah satu ciri. Suasana sekolah yang kondusif akan menggalakkan pembelajaran dan pembelajaran untuk bertambah menarik dan menyeronokkan.

Seterusnya ialah bagi menentukan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekiranya semua pelajar mematuhi arahan guru dengan menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan, proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih lancar, lebih teratur dan berkesan.

Kepentingan seterusnya ialah menghalang dan mengelakkan murid daripada berkelakuan tidak baik. Dengan adanya peraturan disiplin, pelajar akan tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di sekolah dimana pelajar yang didapati melakukan pelangaran disiplin akan dikenakan tindakan mengikut kesalahan disiplin yang dilakukan. Berkelakuan baik dan tidak baik ini bukan sahaja diaplikasikan di dalam sekolah tetapi juga di luar sekolah dimana pelajar dapat membezakan perlakuan yang merugikan orang lain atau sebaliknya. Kesimpulannya, proses didikan disiplin yang baik di sekolah akan melahirkan pelajar yang berperwatakan baik bukan sahaja di dalam sekolat tetapi juga di luar sekolah



Peranan Guru


Saya berpendapat bahawa semua guru adalah guru disiplin. Contohnya, di sekolah yang pernah saya lawati iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh, Perak mereka hanya mempunyai seorang sahaja guru displin. Jika difikirkan secara logik, seorang guru disiplin pasti tidak mencukupi untuk mengawal semua pelajar di sekolah. Namun demikian mereka menggunakan konsep semua guru adalah guru disiplin dimana semua guru berperanan untuk mengawal disiplinkan murid. 

Selain itu ialah guru sebagai contoh yang baik kepadapelajar. Pelajar melihat gurunya sebagai seseorang yang sempurna dan patut dicontohi. Oleh itu, sebagai seorang guru hendaklah mempunyai sikap yang dapat dicontohi oleh murid. Pelajar diibaratkan sebagai cerminan guru mereka dimana pelajar yang baik mempunyai guru yang baik juga juga dan sebaliknya. 



Comments